Monday, June 17, 2013

KUIH CARA MANIS DAN CARA BERLAUK.


  Salam semua, hari ni saya nak kongsikan cara-cara nak buat kuih Cara  Manis dan Cara Berlauk.
Kredit untuk Kak Dah a.k.a 'Rozie Amin' saya yan comel kerna sudi ajar saya buat kuih ni.
  
 Rupa-rupanya senang sangat nak membuatnya, Apa yang penting kita kena ada 'acuan'nya. Kalau takde acuan memang tak boleh nak buatlah.
  
  Jadi, kawan-kawan yang takde acuan lagi, kena beli acuannya dulu. Kalau beli 2 keping lagi senag keje nak membakar.

  Okey, jom kita sama-sama buat! (^_^)


RESEPI KUIH CARA MANIS.

Bahan-bahannya ;-

  1. 1/2 kg Tepung gandum.
  2. 1 biji telur.
  3. 1 Kotak Santan. 
  4. 1 Sudu teh garam.
  5. Sedikit pewarna hijau / Jus pandan.
  6. Air secukupnya ( Adunannya sedikit cair )
  7. Gula.(untuk inti)

Cara-cara membuatnya ;-
  1. Masukkan semua bahan tadi ke dalam bekas kecuali gula.
  2. kacau hingga sebati. Pastikan adunannya sedikit cair.
  3. Panaskan acuan pembakar khas 'kuih cara' dan sapukan sedikit minyak masak.
  4. masukkan adunan tepung tadi ke dalam acuan.
  5. kemudian sudukan sedikit gula di setiap acuan.
  6. Tutup dengan penutup sehingga kuih masak.
  7. Setiap kali mahu masukkan adunan tepung ke dalam acuan, setiap kalilah kena sapukan minyak masak di atas permukaan acuan.
______________________________________________________________________________
  

RESEPI KUIH CARA BERLAUK.


Bahan-bahannya ;-


  1. 1/2 kg Tepung gandum.
  2. 1 biji telur.
  3. 1 Kotak Santan. 
  4. 1 Sudu teh garam.
  5. Sedikit pewarna kuning.
  6. Air secukupnya ( Adunannya sedikit cair )
  7. Inti daging.( masak dengan kentang, daging, bawang merah, bawang putih, sedikit serbuk kari. Boleh letak sedikit kicap kalau suka ) 
  8. Cili Merah dan Daun bawang. ( dipotong kecil-kecil)

Cara-cara membuatnya ;-
  1. Masukkan semua bahan tadi ke dalam bekas kecuali gula.
  2. kacau hingga sebati. Pastikan adunannya sedikit cair.
  3. Panaskan acuan pembakar khas 'kuih cara' dan sapukan sedikit minyak masak.
  4. masukkan adunan tepung tadi ke dalam acuan.
  5. kemudian sudukan sedikit inti daging di setiap acuan.
  6. Taburkan cili merah dan daun bawang ke atas permukaan kuih.
  7. Tutup dengan penutup sehingga kuih masak.
  8. Setiap kali mahu masukkan adunan tepung ke dalam acuan, setiap kalilah kena sapukan minyak masak di atas permukaan acuan.


    Okey... nanti cuba lah! (^_^)

    Salam Sayang dari Bidadari Hisham!

Okeyy, Jom kita masuk dapur dan mula masak!!