Tuesday, August 12, 2014

SAGUPAL BERINTI KACANG.

#Sagupal #BerintiKacangMerah.

#Day9 Ifthar2014.

#Resepi.

- Didihkan satu periuk air bersama daun pandan

- 2 cawan sagu di letak dalam tos dan siram air panas. Warna ikut suka.

- Bulat- bulatkan inti kacang untuk memudahkan proses gumpal dengan sagu.

- Apabila sagu sudah lembut, ambil sagu dan leperkan kemudian letakkan inti di tengah2. Bulatkan perlahan- lahan sehingga inti tertutup kemas. Kalau tak kemas, nanti inti terburai masa mendidih dalam air.

- Basahkan tangan setiap kali nak gumpal sagu, kalau tak sagu akan melekat2 di tangan, nanti susah nak gumpal menjadi bulat.

- Dah siap gumpal masukkan sagupal ke dalam air yg sedang mendidih.

- Biarkan sagupal timbul di permukaan air. Gumpal ke semua sagu n inti kacang sampai habis.

- Dah siap . Biarkan sagu dalam periuk berisi air panas tadi. Sebab lagi lama di dalam air panas mendidih lagi lembut sagu tu. Kalau tak nanti masa makan, macam gigit chewing gum pulak.

#KuahSagupal.

Masakkan dengan api suhu sederhana bahan- bahan di bawah ini.

- 1 kotak kecil santan / 1 mangkuk santan pekat.

- 600ml air.

- 1 sudu kecil halba.

- 1 /2 sudu kecil garam.

- 5 sudu besar gula atau secukup manis yang anda mahu.

Apabila kuah dah masak, masukkan sagupal tadi ke dalam kuah.

Siap.

Alhamdulillah.

● Sedap tauu! ! Sebab ada inti.
Nyum nyum

No comments:

Post a Comment


Okeyy, Jom kita masuk dapur dan mula masak!!