Monday, May 6, 2013

PUDING ROTI (BAKAR)

Sedia untuk di potong,tunggu waktu berbuka sahaja.(^__^)

 Assalamualaikum sahabat-sahabat yang di kasihi. Alhamdulillah sudah 4 hari  kita melalui keindahan Bulan Ramadhan. Ini bulan yang amat sibuk kan? Macam-macam perkara kita nak buat, baik nak tambah amal dan juga sibuk dengan juadah berbuka puasa dan sahur juga. Syabas buat sahabat yang ''menahan diri'' dari berbelanja di ''bazar-bazar Ramadhan''.Buat sendiri lagi berkat kan?hehehe.
Ini lah hasilnya,setelah di ''kerjakan oleh aku''
  
   Okey hari ni Bidadari Hisham nak share satu resepi yang biasa kita dengar dan kita buat, cumanya resepi saya ni agak ''simple'', mudah je. Semalam ''belek-belek'' buku ''resepi Puding'', hurmmm ..... resepi Puding Roti (bakar) amat menarik perhatian saya, lagi pula roti sejak ramadhan ni tak terusik sangat, ye lah 3 daripada 4 anak-anak saya puasa,jadi tak ada lah ''tukang makannya''. Dalam resepi tu banyak ''perkara'' kena buat dan telur pun pakai sampai 6 biji, huhuhuhu ...........,seram!! 

   Saya ni jenis ''memandai-mandai'' ubah resepi heheehheheh,cam cupcake jugak, memandai-mandai je ubah sebab tak berkenan dengan bahan yang di gunakan. Kurang kan lemak gitu!..hihihihi... 
  Sahabat-sahabat nak cuba jom lah,

Bahan-bahan
  • 5 keping roti slices
  • Hirisan buahan campuran seperti aprikot,kismis dan kurma
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 tin susu cair
  • 3 biji telur
  • 1/2 cawan gula pasir
  • sedikit garam
  • 2 sudu besar tepung jagung/kastard
  • 1 sudu teh esen vanilla
 Cara-cara membuatnya
  1. Kacau telur dan gula sampai kembang bersama esen vanilla
  2. Masukkan mentega dan kacau hingga sebati
  3. seterusnya tuangkan susu cair tadi
  4. Masukkan Tepung Jagung dan kacau lagi
  5. Carikkan roti tadi dan susun atur dalam loyang pembakar yang di sapu dengan sedikit marjerin atau minyak masak.
  6. Kemudian tuangkan adunan 1- 4 tadi ke dalam loyang yang telah disusun dengan roti,pastikan roti tadi tenggelam dalam adunan.
  7. Tabur kan hirisan buah campuran  keatas adunan.
  8. Bakar pada suhu 175'  
 tulah resepinya,mudah kan.Cuba lah kalau teringin,hihihihi.(^___^)Selamat MEncuba!!!...

No comments:

Post a Comment


Okeyy, Jom kita masuk dapur dan mula masak!!