Monday, May 6, 2013

Pizza Ahliyyah Hisham


  

Salam kasih sayang buat semua sahabat ...Alhamdulillah syukur di atas nikmat Allah yang tidak pernah henti-henti ini...Hari ini saya rancang nak buat Pizza, ermm masih ingat lagi ''Ahliyah Hisham's Pizza'' ?hehehhe, (^__^)...Saya pernah kongsi resepinya dalam FB saya.

Sebenarnya dah setengah tahun saya tak buat pizza ni,s emalam pergi MYDIN cari mozarella cheese dan beberapa bahan-bahan yang lain. Kapsikum dah seminggu hubby belikan, tapi tak cukup bahan. Jadi hari ini dah tak ada alasan dah kalau tak nak buat, semua bahan dah ada,dgn sosej nya, oregano, yis, hurmmm cuma nenas je terlupa nak beli, api kalau ada nenas, lagi terrrangkat pizza tu, insyaAllah.








Dah Boleh makan.....fuhhhhhhhh aromanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.


Sejarah saya buat pizza ni panjang jugak ceritanya, tapi cerita pendeknya macam biasalah,' ' Abuya suka kalau Ummie buat sendiri, air tangan ummie best katanya'' hikhikhik..(^__~).


Bukan apa makanan kat luar tuu kita tak tahu 'status'nya, mahal pulak tu, heheh. Ye lah nak buat pizza yang best ''modal'' nya agak mahal, tapi kalau nak buat '' simple '' pun boleh, terpulang pada masing-masing punya rasa.




Saya ni tak reti sangat, tapi saya nak share sekali lagi resepi ni. Ada sahabat-sahabat terasa nak buat pizza sendiri ala-ala saya ni. Kat internet ni banyak resepi-resepi pizza daripada sahabat-sahabat kita, jadi korek-korek lah resepi-resepi mereka juga ya.




Ayuh...kita teropong sikit apa ye bahan-bahan pizza cik shida nii...ermmm saya pun ...setiap kali nak buat, mesti buka balik resepi ni, tak ingat lerrrr.. bukannya buat selalu, kadang-kadang aje...termenung jugak saya nak buat ni...hurmmmm...yang rasa kurang semangat sikit tu ''tang'' uli doh tu laa...lenguh tangan ni...tapi bila ingat balik kelebihan-kelebihan yang Allah beri pada kita, dan semuanya itu tidak sia-sia di sisi Allah, bila ingat senyuman Abuya dan anak-anak, bila ingat kembali ''aroma'' pizza yang mencuit '' rasa laporr''..heheh...semangat tu kembali, insyaAllah...JOM ..haiyya binaa.





Bahan bahan untuk roti

  1. 11gm yis kering (saya guna mauripan,senang) 
  2. 700gm tepung gandum (kalau guna tepung high protien lagi cantik hasilnya) 
  3. 1 biji telur 
  4. 1 sudu besar marjerin 
  5. 1 sudu teh shortening (takde pun takpe) 
  6. 1 sudu besar susu tepung 
  7. 1 cawan air suam 
  8. air secukupnya

Bahan bahan untuk topping 




  1. oregano powder 
  2. black peper 
  3. mozarella cheese atau cheddar cheese (letak dua2 sekali,lagii sedapp,kalau tak de ni gantikan dgn mayonis) 
  4. tomato 
  5. bawang besar(kuning) (jgn guna bawang besar merah) 
  6. kapsikum merah,kuning,hijau (kalau takde pakai je cili merah,tapi takde ummph laa) 
  7. sosej atau hirisan ayam atau daging atau seafood yg direbus terlebih dahulu 
  8. sos tomato atau cili.

cara cara membuatnya

Sedia untuk masuk dalam oven. 

  1. masukkan yis dan air suam ke dalam bekas pengulli ,kacau sehingga sedikit berbuih 
  2. masukkan telur,marjerin yg dicairkan dan shortening,kacau 
  3. masukkan gula dan garam,kacau lagi 
  4. masukkan sedikit tepung dan susu tepung, 
  5. kacau hingga likat 
  6. apabila likat tambah sedikit demi sedikit tepung dan air secukupnya sehingga menjadi doh 
  7. untuk memudahkan proses menguli,disyorkan untuk menggunakan sedikit minyak jagung atau minyak zaitun 
  8. apabila doh sudah sedia,perapkan doh dengan menutup doh dgn kain basah. 
  9. perap sehingga doh naik 2 kali ganda(biasanya mengambil masa 15min) 
  10. apabila doh yis sudahbertindak,uli lagi doh tadi dan bahagikan doh kepada 5 bahagian(bergantung kepada anda,sama ada nak buat sampai 7 atau 3kpg...kalau mahu rotinya nipis dan kecil,boleh buat sampai tujuh keping,. 
  11. bentukkan doh menjadi bentuk bulat yg leper dan letakkan di atas acuan pembakar yg sudah di sapu minyak masak atau marjerin 
  12. biarkan beberapa minit utk memberi ruang doh naik kali kedua. 
  13. sapukan sos di atas permukaan doh, 
  14. letakkan hirisan bahan topping seperti kapsikum,tomato dan bawang besar.(boleh hiris dgn saiz besar2 atau dalam bentuk dadu)...yg saya buat nii,hirisan besar2,senang dan cepat,n hasil yg menarik 
  15. untuk nenas hiris nipis2. 
  16. letakkan sosej atau apa saja lauk yg anda suka,kalau ade seafood pun boleh. 
  17. taburkan oregano n blackpepper 
  18. keju cheddar diparut,utk mozarella cubit2 aje 
  19. bakar dalam oven dgn kepanasan 190' 




untuk merangupkan roti bahagian tepi pizza,sapukan dgn air garam

untuk kelihatan bersinar,sapukan dgn susu segar dan telur......


SELAMAT MENCUBA!!!





kalau tak faham,tanya saya yer..mungkin penjelasan di atas tak berapa ''ok''..heheh

No comments:

Post a Comment


Okeyy, Jom kita masuk dapur dan mula masak!!