Monday, May 6, 2013

Vanilla Milk Cupcake Ahliyah Hisham.

haaa inilah hasilnya,setelah siap di bakorrr...(^_^)

Assalaamualaiykum !!!

  Salam sayang dari Bidadari Hisham, (^_^). wahh jam sudah 1.14am lahh. Mata dah berat ni, tapi gagahkan jugak laa, siang hari takda masa sangat nak update blog ni, anyway hari ni saya ni murah hati sikit atas permintaan ramai sahabat, saya nak kongsi resepi hasil usaha saya sendiri yang tak seberapa ni, apa yaa, apalagi kalau bukan '' ahliyah Hisham cupcake '' heheh. Ermmm sedap ke tak sedap tu, terpulang pada lidah masing-masing, yang pastinya anak-anak kesayangan dan suami kecintaanku amat menggemarinya, ni kalau lama tak buat, Nauwfal dan abuyanyalah yang '' perintahkan '' umminya buatkan. Uikkss, panjang pulak cik Bidadari Hisham ni mengomel ye..


  Resepi ini berkali-kali juga saya cuba, macam-macam dah jadi, keras laa, pahit laa, apa-apa pun dengan izin Allah yang Maha Hebat dapat juga saya ' 'cipta '' kan resepi ini. Alhamdulillah sukanya hati Allah saja yang tahu. Ye lah dari tak reti apa-apa kat dapur ni sampai laa dah boleh buat kek sendiri, ermm kira ok lah tu kan kan, bukan apa, sebenarnya orang yang paling '' happy '' adalah encik suami saya ni, dia suka sangat kalau dapat makan apa yang saya masak, walaupun kadang-kadang '' tak sedap '',hehehe. Tapi dia senyummmm jer walau tak sedap, dia cakap '' sedap jugak '' dan mencadangkan agar di tambah itu atau ini.  (^__^)...

'' Actually '' suamilah sifu '' dapur '' saya, banyak saya belajar dari dia, terima kasih Abe!! Suami pulak banyak belajar ketika ' keluar jalan Allah '.

  Ok lah dah ''cakap'' banyak dah ni, jom kita tengok apakah resepinya? Owh ya sebelum buat kek ni, jangan lupa masukkan iman yaqin ke dalam setiap perbuatan kita semasa memasak, lebih-lebih lagi kena yaqin Allah bagi sedap setiap masakan kita tu, Allah beri mudah untuk kita selesaikan ''  urusan '' memasak '' kita...insyaAllah. Ameen.



Saya tak pandai macamna nak bagi sedap sebab Allah yg Kuasa boleh bagi sedap dan inilah resepi ciptaan hasil tangan saya sendiri setelah jenuh berlaku kesilapan demi kesilapan, mudah aje ' just ' gunakan cawan.





Bahan-bahannya.


  1. 1 cup gula 
  2. 2 biji telur saiz besar 
  3. 1 cup marjerin planta( guna marjerin jenama lain ke,butter ke,ok jugak,cuma rasa ada perbezaan juga) 
  4. 1 sudu teh esen vanilla 
  5. 1 cup air suam yg di campur dgn 3 sudu teh susu tepung nespray(fortified) 
  6. 1 cup tepung naik sdiri 
  7. 1 cup tepung gandum biasa 
  8. 1 sudu teh baking Powder. 


Cara-caranya.

  1. Pukul telur dan gula sehingga kembang ( masukkan juga esen vanilla ) 
  2. Masukkan marjerin,pukul hingga sebati 
  3. Masukkan air suam yg disebatikan dgn susu tadi 
  4. Masukkan tepung dan serbuk penaik tadi.



Biasanya apabila kita dah campurkan susu dengan marjerin tadi, dia jadi pecah-pecah tapi takpe sebab nanti kita bila dah campur tepung dia jadi..smooth....okey kalau ade yg tak faham nanti tanya lah saya 

Syhhhh... jgn beritau org lain ye..kehkehkeh... (^_~)




ini shida packing untuk pelanggan.



Oh ya, resepi cupcake coklat,di lain masa yaa, insyaAllah. Semoga


memberi manfaat untuk sahabat semua. Semoga menjadi pengikat


kasih di antara kita semua..Allahu Akbar.

1 comment:

  1. K.da...bakar brp minit...brp suhu...
    kalu pakai susu anok bulih ko..susu dugro..hihi

    ReplyDelete


Okeyy, Jom kita masuk dapur dan mula masak!!