Monday, May 6, 2013

Choc Milk Cupcake Ahliyah Hisham



   Salam Ramadhan buat semua sahabat.Sempena bulan yang mulia dan penuh rahmah ini Shida nak kongsikan Resepi Kek Cawan Coklat susu pula hari ni,istimewa untuk sahabat semua.Tahniah untuk sahabat-sahabat yang sudah mencuba Resepi kek Cawan Vanilla susu...Apakata cuba yang coklat pula.Okey jom!//(^_^)




Bahan-bahannya.

  • 1 1/2 cawan gula
  • 2 biji telur saiz besar
  • 1 cawan marjerin planta/mentega (atau marjerin kegemaran anda)
  • 1 sudu besar coklat emulco
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 3 sudu teh susu tepung Nespray(atau susu tepung kegemaran anda)
  • 1 cawan air suam
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 1 cawan tepung gandum biasa
  • 1 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh sodabikarbonat.





Cara-caranya

  1. pukul telur dan gula sehingga kembang(masukkan juga esen vanilla)
  2. masukkan marjerin,pukul hingga sebati
  3. Masukkan coklat emulco
  4. Kemudian masukkan serbuk koko kacau perlahan-lahan
  5. Satukan air suam dan susu tepung dalam satu cawan,sebatikan dan tuang ke dalam adunan kek tadi
  6. Masukkan kedua-dua jenis tepung beserta serbuk penaik dan sodabikarbonat.Kacau hingga sebati dan likat.Akhir sekali sudukan atau paipkan adunan ke dalam cawan kertas,kemudian bakar dalam oven pada suhu 190^


  okey kalau ade yg tak faham..nanti tanya lah shida ..Oh yer sebelum membuat kek cawan ini,pastikan peralatan lain seperti loyang cawan, dan kertas cawan di sediakan dahulu,hehehheh. Selamat Mencuba!!!





yang ni telah dihias dengan coklat masakan dan ditulis dengan cream ising dan piping gel.

No comments:

Post a Comment


Okeyy, Jom kita masuk dapur dan mula masak!!