Monday, May 6, 2013

Roti Sesej Goreng, Donut dan Roti goreng (Inti Kacang)


   Salam sayang dari Bidadari Hisham. Hari ini saya nak 'share' resepi doh donut ni, dengan terjadinya doh ini maka kita boleh buat beberapa jenis roti goreng seperti gambar yang saya paparkan ini, Donut, Roti Goreng inti kacang dan Roti Sosej goreng.  

   Mudahkan, dengan satu adunan doh kita boleh buat macam-macam 'jenis' roti. Ok lah, saya sebenarnya tak reti sangat dan tersangat-sangatlah rendah diri nak kongsi resepi ini apabila diminta oleh sahabat sekelian, sebab saya rasa yang saya buat ni takde ler 'best' sangat. Itulah sebab kenapa saya masih 'diammmm' jer.

   Walau apapun saya 'share' jugaklah, tapi jangan lupa tanya en 'google' yer, sebab en google tahu banyak lagi resepi-resepi nak buat donut yang gebuss.Tapi kalau sahabat-sahabat nak cuba resepi yang saya selalu buat ini, cubalah.
Saya sendiri pun masih tercari-cari lagi resepi yang lebih baik. Kalau sahabat-sahabat ada, jangan lupa 'share' dengan saya yerr...ok jom..



Bahan bahan untuk roti

  1. 11gm yis kering (saya guna mauripan,senang)
  2. 1 kg tepung gandum (kalau guna tepung high protien lagi cantik hasilnya)
  3. 2 biji telur
  4. 2 sudu besar marjerin
  5. 2 sudu teh shortening (takde pun takpe)
  6. 2 sudu besar susu tepung
  7. 2 sudu teh serbuk penaik.
  8. 2 cawan air suam
  9. air secukupnya
  10. 2 sudu teh garam halus.
  11. 4 sudu besar gula (di bancuh dengan yis tadi)

cara cara membuatnya

  1. masukkan yis dan air suam ke dalam gelas besar bersama gula tadi ,kacau dan biarkan ia berbuih (biasanya dalam 5 min ke atas yis akan bertindak)
  2. Masukkan adunan yis dan gula tadi ke dalam bekas punguli 
  3. Masukkan telur,marjerin yg dicairkan dan shortening,kacau
  4. Masukkan garam,kacau lagi
  5. Masukkan sedikit tepung dan susu tepung,
  6. kacau hingga likat
  7. apabila likat tambah sedikit demi sedikit tepung dan air secukupnya sehingga menjadi doh
  8. untuk memudahkan proses menguli,disyorkan untuk menggunakan sedikit minyak jagung atau minyak zaitun
  9. Apabila doh sudah sedia,perapkan doh dengan menutup doh dgn kain basah.
  10. perap sehingga doh naik 2 kali ganda(biasanya mengambil masa 15min)
  11. Seterusnya uli doh sehingga lembut dan bentukkan donut/roti sosej/roti inti kacang dengan saiz yang kita mahu.
  12. Doh yang sudah dibentukkan susun di atas dulang yang di tabur dengan debu tepung.
  13. Apabila doh yang dibentukkan tadi sudah bertindak naik bolehlah mula menggoreng dengan minyak yang sudah panas dan api yang sederhana.
  14. Goreng hingga keemasan warnanya.
Ok untuk Roti Sosej, goreng terlebih dahulu sosej sebelum lilit dengan doh roti tadi.

Kalau ada Breadmaker lagi mudah, 'campak' jer semua bahan tuu selepas yis berbuih dan set 'dough' jer. BM siap uli boleh bentukkan roti ikut suka kita...hihihihi.
Cubalah.... (^_^) 



No comments:

Post a Comment


Okeyy, Jom kita masuk dapur dan mula masak!!