Tuesday, August 12, 2014

PAU PUTIH GEBU.

#PauPutihGebu.

#Day11 Ifthar2014.

#Resepi.

Satukan dan kacau2 bahan2 di bawah dan biarkan yis bertindak ;

Bahan A.
- 400ml air suam.
- 2 sudu besar gula.
- 1 paket 11gm Yis.

Apabila yis sudah bertindak dan berbuih- buih. Masukkan bahan A tadi ke dalam bekas acuan 'Breadmaker' .
Di susuli dengan bahan2 di bawah ini mengikut susunan ;

Bahan B.
- 2 sudu besar shortening.
- 2 sudu kecil krim Bread Softener.
- 600 gm Tepung Pau.
- 2 sudu kecil Double Action Powder.
- 2 sudu kecil minyak masak.

Tekan butang Menu ' Dough' n 'start' .

● kalau uli dengan tangan cuma sebatikan bahan B dan tuangkan sedikit demi sedikit bahan A ke atas bahan B untuk jadikan doh.

Biarkan doh dalam 30 min untuk mengembang.

Apabila doh dah naik 2 kali ganda, boleh lah buat kerja- kerja membalut inti kegemaran.

- Daging.
- Ayam.
- Kacang.
- Kelapa.
- Serikaya
- Coklat.

Balut dan bulatkan kemas Inti kemudian lapik dengan plastik yang di potong segi empat mengikut saiz pau yang akan mengembang nanti.

Biarkan pau naik 2 kali ganda dulu sebelum mengukus.

Masa mengukus pau sekejap sahaja, dalam 2 - 3 min.

● Untuk inti daging tu saya guna Inti yang sama untuk buat murtabak popia hari tu.

Siap.

Alhamdulillah. .
Sebelum dikukus.

#Tips pau kekal bulat selepas di kukus.

- semasa membalut inti, pastikan doh tebal di permukaan, biar inti di bawah. Kalau nipis di atas, pau tak boleh nak gebu, dia akan penyek apabila angkat dari pengukus. So tak cantik.

Cuba tau!! 



No comments:

Post a Comment


Okeyy, Jom kita masuk dapur dan mula masak!!