Monday, February 3, 2014

RESEPI PUDING KASTARD JAGUNG MANIS.

As Salaamu Alaikum sahabat yang dikasihi semua.

Alhamdulillah , Alhamdulillah , Alhamdulillah.

  Sudah terlalu lama saya tak 'update' blog ni kan kan, dah bersawang mawang dah. Ermm saya tak mau celoteh banyak pun, cuma nak share resepi ni jaa.

  Selamat , selamatlah membaca dan mencuba resepi yang tak seberapa ni !  ^_^ 



Puding Kastard Jagung Manis.

Bahan-bahannya.

  1. 1 Paket Serbuk agar-agar Clear.
  2. 1 Tin Jagung Manis.
  3. 1 Tin Susu Cair.
  4. 5 Sudu Besar Kastard.
  5. 500ml Air.
  6. 5 Sudu Besar gula atau secukup rasa anda.
  7. secubit Garam halus. (Tak buh pun takpe ) 
Cara-caranya.

  1. Masukkan air 500 ml, 1 Paket Serbuk agar-agar Clear,1 Tin Susu Cair, 5 Sudu Besar Kastard ke dalam periuk. Kacau sebati.
  2. Letak periuk atas api  kemudian, kacau dan kacau sehingga menggelegak.
  3. masukkan 1 Tin Jagung Manis 
  4. Masukkan gula dan sedikit garam. Kacau lagi sehingga  menggelegak dan likat.
  5. Apabila dah likat, bahagikan dua bekas. Satu letak pewarna hijau dan satu lagi , biarkan warna asli.
  6. Ok, tuang selang seli , hijau , asli , hijau asli, sampai jadi cam ni. Kena buat terus apabila dah masak tau, nanti dia sejuk tak jadi stripes dia ni.

Errr.. kalau rajin terlebihkan, buat laa banyak-banyak kaler pun, heheheh. kalau malassss sangat, tuang je dalam bekas dengan warna aslinya tu, cantik gak.


ok, Selamat Mencuba!!!

Bidadarimu Hisham.  3/2/2014.



No comments:

Post a Comment


Okeyy, Jom kita masuk dapur dan mula masak!!