#PastaCengkerangSiput.
Lupa pulak nama betul dia. Alahai.
Ok, Sangat sedap dengan gabungan rasa asia dan barat.
#Terdahulu rebus pasta untuk lembutkannya.
Tumis 5 ulas bwg putih yg di ketuk dengan minyak matahari dan sedikit minyak zaitun .
Kemudian masukkan 1 biji bwg besar bombay di mayang.
Berikutnya masukkan daging dan cedawan shitake yang di potong kecil.
Apabila kesemua bahan sudah masak, masukkan sos cili dan tomato, kemudian kicap. Garam dan gula secukupnya.
Taburkan sedikit serbuk lada hitam dan putih.
Masukkan pasta yang sudah direbus. Juga sayur kegemaran. Stok sayur saya dah habis. So saya letak tomato, cili besar merah n hijau dan sedikit kobis sahaja. Hehe.
Kaup balik sehingga sebati.
Taburkan daun sup dan daun bawang.
Siap.
Seperti biasa, resepi saya mudah- mudah je. Hehe.
Alhamdulillah
No comments:
Post a Comment