Tuesday, August 12, 2014

PERCIK IKAN KEMBUNG BAKAR.







#Percik #IkanKembung.

#TerengganuVersion.

#Day9 Sahur 2014.

Ehh... belum masuk hr ke 9 lah... hehe. 'Prepare awal- awal untuk sahur esok.

#Resepi.

-Perapkan ikan bersama sedikit bawang putih, halia dan garam.

Kisar dan masakkan bahan2 di bawah ini.

- sedikit halia
- 1 biji bawang merah.
- 3 kpg cili kering.

Serai di ketuk dan letak asam gelugur sekali semasa memasak bahan.
Kemudian masukkan 1 mangkuk santan pekat.

- garam dan gula secukupnya.
- gula melaka / manisan.
- 1 sudu tepung gandum untuk pekatkan kuah jika perlu.

• Ikan di bakar dalam 'magicpan' kemudian apabila ikan dah masak, tuangkan kuah percik tadi ke atas ikan sambil balikkan dalam 'magic pan' . Hehe saya pakai magicpan aje.

Angkat dan hidangkan.
Siap.

•• Okey, saya ada satu lagi #resepi yang tak menggunakan serai tapi digantikan dengan bawang putih . Nanti buat lain kali, buat ayam pulak ke, kannn, insyaAllah.

No comments:

Post a Comment


Okeyy, Jom kita masuk dapur dan mula masak!!