#Day6 Ifthar2014.
#Resepi.
Bancuhkan bahan2 di bawah, jadikan doh yang lembut.
- 400ml Air Pandan / Air biasa. (Atau secukupnya )
- 3 cawan Tepung Pulut.
- 2 Sudu Besar Tepung Beras.
- Sedikit Pewarna Hijau.
○○• Gula Melaka/Manisan di potong kecil- kecil untuk di jadikan inti.
○○• Kelapa Muda Parut di gaul dengan sedikit garam.
#Cara2
~ Didihkan satu periuk air bersama daun pandan.
~ Sediakan sebekas air sejuk.
Bulatkan doh bersama gula melaka dan masukkam ke dalam air yang sedang mendidih di dalam periuk.
Buat sampai habis.
Ambil doh yang dah timbul dan masukkan dalam sebekas air sejuk tadi. Biarkan ia terendam.
Nanti dah siap semua boleh lah di toskan dan digolekkan atas kelapa muda parut yang digaul bersama sedikit garam.
Siap