Monday, May 6, 2013

Choc Milk Cupcake Ahliyah Hisham



   Salam Ramadhan buat semua sahabat.Sempena bulan yang mulia dan penuh rahmah ini Shida nak kongsikan Resepi Kek Cawan Coklat susu pula hari ni,istimewa untuk sahabat semua.Tahniah untuk sahabat-sahabat yang sudah mencuba Resepi kek Cawan Vanilla susu...Apakata cuba yang coklat pula.Okey jom!//(^_^)




Bahan-bahannya.

  • 1 1/2 cawan gula
  • 2 biji telur saiz besar
  • 1 cawan marjerin planta/mentega (atau marjerin kegemaran anda)
  • 1 sudu besar coklat emulco
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 3 sudu teh susu tepung Nespray(atau susu tepung kegemaran anda)
  • 1 cawan air suam
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 1 cawan tepung gandum biasa
  • 1 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh sodabikarbonat.





Cara-caranya

  1. pukul telur dan gula sehingga kembang(masukkan juga esen vanilla)
  2. masukkan marjerin,pukul hingga sebati
  3. Masukkan coklat emulco
  4. Kemudian masukkan serbuk koko kacau perlahan-lahan
  5. Satukan air suam dan susu tepung dalam satu cawan,sebatikan dan tuang ke dalam adunan kek tadi
  6. Masukkan kedua-dua jenis tepung beserta serbuk penaik dan sodabikarbonat.Kacau hingga sebati dan likat.Akhir sekali sudukan atau paipkan adunan ke dalam cawan kertas,kemudian bakar dalam oven pada suhu 190^


  okey kalau ade yg tak faham..nanti tanya lah shida ..Oh yer sebelum membuat kek cawan ini,pastikan peralatan lain seperti loyang cawan, dan kertas cawan di sediakan dahulu,hehehheh. Selamat Mencuba!!!





yang ni telah dihias dengan coklat masakan dan ditulis dengan cream ising dan piping gel.

RESEPI KEK COKLAT MOIST



Bahan-bahannya



  1. 3 - BIJI TELUR
  2. 2 - CAWAN GULA
  3. 1 - CAWAN MINYAK MASAK
  4. 1 - CAWAN SUSU CAIR
  5. 1 - CAWAN AIR SUAM PANAS
  6. 1 - CAWAN SERBUK KOKO
  7. 1 - SUSD TEH SODA BIKARBONAT
  8. 1 - SUDU TEH SERBUK PENAIK
  9. 1 - SUDU BESAR PERISA COKLAT
  10. 2 - CAWAN GANDUM

how to make it?

  1. Blend gula dan telur
  2. masuk kan gula dan telur yang sudah sebati kedalam pengadun
  3. masukkkan minyak,susu cair,air suam,serbuk koko..kacau hingga sebati
  4. sekarang masukkan coklat emulco or perisa coklat..ia membuat kek menjadi lebih hitam pekat
  5. masukkan tepung bersama soda bikarbonat dan serbuk penaik.
  6. tuangkan ke dalam acuan n kukus or bakar dalam microwave


choc topping

  1. coklat masakan
  2. susu cair
  3. panaskan coklat n campur dgn susu cair dan tuang ke atas kek tadi
  4. hiaslah ikut suka anda

   Resepi ni khas untuk kukus,tapi saya dah cuba buat cup cake bakar dalam oven,bakar dalam microwave,semuanya menjadi.


    Alhamdulillah....untuk gandum,saya pakai tepung naik sendiri, minyak mozola,n coklat emulco,n saya tambah stengah cawan gula lagi...cubalah..mungkin ade persamaan dgn resepi kawan2 semua. icing topping or choc topping..semuanya boleh....


  Oh ya kalau sahabat guna tepung biasa dan minyak masak pun menjadi tau...Resepi ni sangat 'simple'.Kalau rasa nak ubah sikit-sikit tu tak jadi masaalah,macam nak tukar susu cair ke susu tepung ke,susu segar ke,semuanya boleh.Okey Selamat Mencuba!!!

MURTABAK (KULIT POPIA)


 Salam 6 Ramadhan, buat semua,(^___^) Alhamdulillah sungguh bahagia kita melalui bulan yang mulia ini. Terima Kasih Allah. Semoga kita semua dah berjaya habiskan tadarus alQuran untuk hari ini, jom kita khatam  2,3,4 kali, insyaAllah. Kena lah rerajin baca Quran.

  Seperti biasa laa,aku update blog ni pun sebab nak share resepi yang mudah lagi sedap! Ye lah aku ni kalau tekak rasa nak makan kuih,kena buat sendiri,mananya nak pergi Bazar Ramadhan, ohhh tak mungkin ! walaupun kekadang rasa nak 'membeli' n me'releks'kan diri, huhuhu. Kalau boleh nak elaklah ,en abe pun tak galakkan tapi kalau dipujuk rayu, 'confirm' dia beli, sebab kena pujuk, heheheh,Tapi sekarang ni aku tak mintak dah belikan kuih di Bazar Ramadhan...tu yang duk belajar jugak buat sendiri, jadi ke tak ke makan jer laaa.

    Beberapa hari lepas aku dah cuba buat 'Murtabak segera kulit popia'' ,wahhh 'happy'nyer aku bila menjadik! En Abe dan anak-anak pun suka sangat,seperti biasa,mereka akan cakap,"nanti Ummi wat lagi yer,sedappp,lagi best dari kat kedai tuu''...ececeh..Umminya pun mula laa rasa 'hilang penat lelah' buat kuih tu tadi..Alhamdulillah,seronok sangat bila tengok anak-anak makan.

   Resepi ni aku ubahsuai sikit jer,tambah-tambah sikit.Inilah kerja aku,kalau tengok resepi,suka jer tokok tambah,hahah..kreatif laa konon..:P..kalau sahabat nak cuba,boleh laa cuba,sebab memang best!Tapi kalau nak kelainan,boleh 'google',banyak kat laman sesawang ni.
  Ini diaaaa....

MURTABAK KULIT POPIA.

Bahan-bahan 
100 g daging cincang
2 biji ubi kentang
1 sudu setengah rempah kari
1 sudu besar sos tiram
1 biji biji bawang besar
3 ulas ulas bawang putih
daun bawang
kobis 
minyak
1 sudu kecil garam 
kulit popia
telur secukupnya

Bahan-bahan untuk air cuka

1 sudu besar gula
1 sudu besar cuka
sedikit hirisan bawang besar merah
1 cawan air masak.
Sedikit pewarna merah(jangan letak sirap ros,nanti tak sedap pulak)...kacau semua bahan-bahan ini,unutk dicicah dengan Murtabak.


Cara-cara buat murtabak.
  1. Bawang besar dan bawang putih di potong dadu. Tumiskan bawang sehingga layu dan sedikit garing. 
  2. masukkan rempah kari yang telah dibancuh dgn air.,goreng sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos tiram.
  4. Masukkan daging cincang. 
  5. Masukkan garam, 
  6. Masukkan kentang yang dipotong dadu. Masak sehingga kentang empuk. 
  7. Goreng semua bahan-bahan ini sehingga sedikit kering dan sejukkan.
  8. Potong kobis dan daun bawang nipis-nipis.
  9. Pukul telur di dalam mangkuk, masukkan inti ,kobis dan daun bawang  ke dalam telur, kacau sehingga sebati.
  10. Ambil kulit popia dan bungkus inti murtabak segiempat macam murtabak betul,goreng murtabak dgn api yg perlahan dan sedikit minyak.
  11. Masak sehingga kulit popia garing macam murtabak betul.
  Alhamdulillah inilah resepi  yang telah saya 'ubahsuai',hehheh..Mula-mula en abe tak 'confident', dia risau kalau-kalau murtabak ni kulit dia keras macam popia goreng, aku pun risau jugak mula-mula tuu ,alhamdulillah apabila dah siap bakar atas kuali, hasilnya sangat comel dan lembut macam murtabak betul.(^__^)



Cuba laa buat,bessssssst!insyaAllah...

Ahliyyah Hisham 2012

PUDING ROTI (BAKAR)

Sedia untuk di potong,tunggu waktu berbuka sahaja.(^__^)

 Assalamualaikum sahabat-sahabat yang di kasihi. Alhamdulillah sudah 4 hari  kita melalui keindahan Bulan Ramadhan. Ini bulan yang amat sibuk kan? Macam-macam perkara kita nak buat, baik nak tambah amal dan juga sibuk dengan juadah berbuka puasa dan sahur juga. Syabas buat sahabat yang ''menahan diri'' dari berbelanja di ''bazar-bazar Ramadhan''.Buat sendiri lagi berkat kan?hehehe.
Ini lah hasilnya,setelah di ''kerjakan oleh aku''
  
   Okey hari ni Bidadari Hisham nak share satu resepi yang biasa kita dengar dan kita buat, cumanya resepi saya ni agak ''simple'', mudah je. Semalam ''belek-belek'' buku ''resepi Puding'', hurmmm ..... resepi Puding Roti (bakar) amat menarik perhatian saya, lagi pula roti sejak ramadhan ni tak terusik sangat, ye lah 3 daripada 4 anak-anak saya puasa,jadi tak ada lah ''tukang makannya''. Dalam resepi tu banyak ''perkara'' kena buat dan telur pun pakai sampai 6 biji, huhuhuhu ...........,seram!! 

   Saya ni jenis ''memandai-mandai'' ubah resepi heheehheheh,cam cupcake jugak, memandai-mandai je ubah sebab tak berkenan dengan bahan yang di gunakan. Kurang kan lemak gitu!..hihihihi... 
  Sahabat-sahabat nak cuba jom lah,

Bahan-bahan
  • 5 keping roti slices
  • Hirisan buahan campuran seperti aprikot,kismis dan kurma
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 tin susu cair
  • 3 biji telur
  • 1/2 cawan gula pasir
  • sedikit garam
  • 2 sudu besar tepung jagung/kastard
  • 1 sudu teh esen vanilla
 Cara-cara membuatnya
  1. Kacau telur dan gula sampai kembang bersama esen vanilla
  2. Masukkan mentega dan kacau hingga sebati
  3. seterusnya tuangkan susu cair tadi
  4. Masukkan Tepung Jagung dan kacau lagi
  5. Carikkan roti tadi dan susun atur dalam loyang pembakar yang di sapu dengan sedikit marjerin atau minyak masak.
  6. Kemudian tuangkan adunan 1- 4 tadi ke dalam loyang yang telah disusun dengan roti,pastikan roti tadi tenggelam dalam adunan.
  7. Tabur kan hirisan buah campuran  keatas adunan.
  8. Bakar pada suhu 175'  
 tulah resepinya,mudah kan.Cuba lah kalau teringin,hihihihi.(^___^)Selamat MEncuba!!!...

Pizza Ahliyyah Hisham


  

Salam kasih sayang buat semua sahabat ...Alhamdulillah syukur di atas nikmat Allah yang tidak pernah henti-henti ini...Hari ini saya rancang nak buat Pizza, ermm masih ingat lagi ''Ahliyah Hisham's Pizza'' ?hehehhe, (^__^)...Saya pernah kongsi resepinya dalam FB saya.

Sebenarnya dah setengah tahun saya tak buat pizza ni,s emalam pergi MYDIN cari mozarella cheese dan beberapa bahan-bahan yang lain. Kapsikum dah seminggu hubby belikan, tapi tak cukup bahan. Jadi hari ini dah tak ada alasan dah kalau tak nak buat, semua bahan dah ada,dgn sosej nya, oregano, yis, hurmmm cuma nenas je terlupa nak beli, api kalau ada nenas, lagi terrrangkat pizza tu, insyaAllah.








Dah Boleh makan.....fuhhhhhhhh aromanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.


Sejarah saya buat pizza ni panjang jugak ceritanya, tapi cerita pendeknya macam biasalah,' ' Abuya suka kalau Ummie buat sendiri, air tangan ummie best katanya'' hikhikhik..(^__~).


Bukan apa makanan kat luar tuu kita tak tahu 'status'nya, mahal pulak tu, heheh. Ye lah nak buat pizza yang best ''modal'' nya agak mahal, tapi kalau nak buat '' simple '' pun boleh, terpulang pada masing-masing punya rasa.




Saya ni tak reti sangat, tapi saya nak share sekali lagi resepi ni. Ada sahabat-sahabat terasa nak buat pizza sendiri ala-ala saya ni. Kat internet ni banyak resepi-resepi pizza daripada sahabat-sahabat kita, jadi korek-korek lah resepi-resepi mereka juga ya.




Ayuh...kita teropong sikit apa ye bahan-bahan pizza cik shida nii...ermmm saya pun ...setiap kali nak buat, mesti buka balik resepi ni, tak ingat lerrrr.. bukannya buat selalu, kadang-kadang aje...termenung jugak saya nak buat ni...hurmmmm...yang rasa kurang semangat sikit tu ''tang'' uli doh tu laa...lenguh tangan ni...tapi bila ingat balik kelebihan-kelebihan yang Allah beri pada kita, dan semuanya itu tidak sia-sia di sisi Allah, bila ingat senyuman Abuya dan anak-anak, bila ingat kembali ''aroma'' pizza yang mencuit '' rasa laporr''..heheh...semangat tu kembali, insyaAllah...JOM ..haiyya binaa.





Bahan bahan untuk roti

  1. 11gm yis kering (saya guna mauripan,senang) 
  2. 700gm tepung gandum (kalau guna tepung high protien lagi cantik hasilnya) 
  3. 1 biji telur 
  4. 1 sudu besar marjerin 
  5. 1 sudu teh shortening (takde pun takpe) 
  6. 1 sudu besar susu tepung 
  7. 1 cawan air suam 
  8. air secukupnya

Bahan bahan untuk topping 




  1. oregano powder 
  2. black peper 
  3. mozarella cheese atau cheddar cheese (letak dua2 sekali,lagii sedapp,kalau tak de ni gantikan dgn mayonis) 
  4. tomato 
  5. bawang besar(kuning) (jgn guna bawang besar merah) 
  6. kapsikum merah,kuning,hijau (kalau takde pakai je cili merah,tapi takde ummph laa) 
  7. sosej atau hirisan ayam atau daging atau seafood yg direbus terlebih dahulu 
  8. sos tomato atau cili.

cara cara membuatnya

Sedia untuk masuk dalam oven. 

  1. masukkan yis dan air suam ke dalam bekas pengulli ,kacau sehingga sedikit berbuih 
  2. masukkan telur,marjerin yg dicairkan dan shortening,kacau 
  3. masukkan gula dan garam,kacau lagi 
  4. masukkan sedikit tepung dan susu tepung, 
  5. kacau hingga likat 
  6. apabila likat tambah sedikit demi sedikit tepung dan air secukupnya sehingga menjadi doh 
  7. untuk memudahkan proses menguli,disyorkan untuk menggunakan sedikit minyak jagung atau minyak zaitun 
  8. apabila doh sudah sedia,perapkan doh dengan menutup doh dgn kain basah. 
  9. perap sehingga doh naik 2 kali ganda(biasanya mengambil masa 15min) 
  10. apabila doh yis sudahbertindak,uli lagi doh tadi dan bahagikan doh kepada 5 bahagian(bergantung kepada anda,sama ada nak buat sampai 7 atau 3kpg...kalau mahu rotinya nipis dan kecil,boleh buat sampai tujuh keping,. 
  11. bentukkan doh menjadi bentuk bulat yg leper dan letakkan di atas acuan pembakar yg sudah di sapu minyak masak atau marjerin 
  12. biarkan beberapa minit utk memberi ruang doh naik kali kedua. 
  13. sapukan sos di atas permukaan doh, 
  14. letakkan hirisan bahan topping seperti kapsikum,tomato dan bawang besar.(boleh hiris dgn saiz besar2 atau dalam bentuk dadu)...yg saya buat nii,hirisan besar2,senang dan cepat,n hasil yg menarik 
  15. untuk nenas hiris nipis2. 
  16. letakkan sosej atau apa saja lauk yg anda suka,kalau ade seafood pun boleh. 
  17. taburkan oregano n blackpepper 
  18. keju cheddar diparut,utk mozarella cubit2 aje 
  19. bakar dalam oven dgn kepanasan 190' 




untuk merangupkan roti bahagian tepi pizza,sapukan dgn air garam

untuk kelihatan bersinar,sapukan dgn susu segar dan telur......


SELAMAT MENCUBA!!!





kalau tak faham,tanya saya yer..mungkin penjelasan di atas tak berapa ''ok''..heheh

Vanilla Milk Cupcake Ahliyah Hisham.

haaa inilah hasilnya,setelah siap di bakorrr...(^_^)

Assalaamualaiykum !!!

  Salam sayang dari Bidadari Hisham, (^_^). wahh jam sudah 1.14am lahh. Mata dah berat ni, tapi gagahkan jugak laa, siang hari takda masa sangat nak update blog ni, anyway hari ni saya ni murah hati sikit atas permintaan ramai sahabat, saya nak kongsi resepi hasil usaha saya sendiri yang tak seberapa ni, apa yaa, apalagi kalau bukan '' ahliyah Hisham cupcake '' heheh. Ermmm sedap ke tak sedap tu, terpulang pada lidah masing-masing, yang pastinya anak-anak kesayangan dan suami kecintaanku amat menggemarinya, ni kalau lama tak buat, Nauwfal dan abuyanyalah yang '' perintahkan '' umminya buatkan. Uikkss, panjang pulak cik Bidadari Hisham ni mengomel ye..


  Resepi ini berkali-kali juga saya cuba, macam-macam dah jadi, keras laa, pahit laa, apa-apa pun dengan izin Allah yang Maha Hebat dapat juga saya ' 'cipta '' kan resepi ini. Alhamdulillah sukanya hati Allah saja yang tahu. Ye lah dari tak reti apa-apa kat dapur ni sampai laa dah boleh buat kek sendiri, ermm kira ok lah tu kan kan, bukan apa, sebenarnya orang yang paling '' happy '' adalah encik suami saya ni, dia suka sangat kalau dapat makan apa yang saya masak, walaupun kadang-kadang '' tak sedap '',hehehe. Tapi dia senyummmm jer walau tak sedap, dia cakap '' sedap jugak '' dan mencadangkan agar di tambah itu atau ini.  (^__^)...

'' Actually '' suamilah sifu '' dapur '' saya, banyak saya belajar dari dia, terima kasih Abe!! Suami pulak banyak belajar ketika ' keluar jalan Allah '.

  Ok lah dah ''cakap'' banyak dah ni, jom kita tengok apakah resepinya? Owh ya sebelum buat kek ni, jangan lupa masukkan iman yaqin ke dalam setiap perbuatan kita semasa memasak, lebih-lebih lagi kena yaqin Allah bagi sedap setiap masakan kita tu, Allah beri mudah untuk kita selesaikan ''  urusan '' memasak '' kita...insyaAllah. Ameen.



Saya tak pandai macamna nak bagi sedap sebab Allah yg Kuasa boleh bagi sedap dan inilah resepi ciptaan hasil tangan saya sendiri setelah jenuh berlaku kesilapan demi kesilapan, mudah aje ' just ' gunakan cawan.





Bahan-bahannya.


  1. 1 cup gula 
  2. 2 biji telur saiz besar 
  3. 1 cup marjerin planta( guna marjerin jenama lain ke,butter ke,ok jugak,cuma rasa ada perbezaan juga) 
  4. 1 sudu teh esen vanilla 
  5. 1 cup air suam yg di campur dgn 3 sudu teh susu tepung nespray(fortified) 
  6. 1 cup tepung naik sdiri 
  7. 1 cup tepung gandum biasa 
  8. 1 sudu teh baking Powder. 


Cara-caranya.

  1. Pukul telur dan gula sehingga kembang ( masukkan juga esen vanilla ) 
  2. Masukkan marjerin,pukul hingga sebati 
  3. Masukkan air suam yg disebatikan dgn susu tadi 
  4. Masukkan tepung dan serbuk penaik tadi.



Biasanya apabila kita dah campurkan susu dengan marjerin tadi, dia jadi pecah-pecah tapi takpe sebab nanti kita bila dah campur tepung dia jadi..smooth....okey kalau ade yg tak faham nanti tanya lah saya 

Syhhhh... jgn beritau org lain ye..kehkehkeh... (^_~)




ini shida packing untuk pelanggan.



Oh ya, resepi cupcake coklat,di lain masa yaa, insyaAllah. Semoga


memberi manfaat untuk sahabat semua. Semoga menjadi pengikat


kasih di antara kita semua..Allahu Akbar.

PUDING TRIFFLE


 Assalaamualaiykum buat semua sahabat dan Salaam Ramadhan!Alhamdulillah syukur kepada Allah kerna memilih kita untuk beramal ibadah di Bulan mulia ini pada tahun ini.


   Sebenarnya saya nak 'share' satu resepi 'best' ni, ramai yang dah 'terer' buat puding ni kan. Kalau di 'google' dalam internet ni memang dah berlambak. Tapi saya saja je nak 'share' yang selalu saya 'duk' buat ni. Kalau ada sahabat nak cuba, cuba laaa, sebab nak buat ni mudah dan cepat! Gerenti si kecil suka kannya, insyaAllah. Ehhh bukan si kecil je yang suka, kita pun suka kan!

   Hari pertama puasa, saya dan penghuni Mahligai Cintaku gagal untuk bangun sahur, sungguh parah!(actually tak pernah berlaku 'kejadian' begini, inilah padahnya kalau tidur lewat! ) Aku Allah Bagi Cuti, jadi takde masalahlah kalau tak bangun sahur tapi kesian sangat-sangat dengan Abuya dan tenteranya, hampir 24jam berpuasa, bayangkanlah dari jam 8pm sampai laa keesokan harinya, waktu berbuka tu barulah mereka dapat isi perut. Huhuhu...., terharu melihatkan 'perjuangan dan kesabaran' mereka. Saya dah bagi kelonggaran kepada anak-anak, kalau tak mampu tak usah paksa diri untuk puasa. Subhaanallah anak-anak kecil ini masih tetap nak puasa, sampaikan waktu berbuka tuu, dah tak boleh masuk makanan, sebab terlalu lemah. :').

   Sebagai ummi, sedaya upaya kucuba untuk hiburkan si kecil ni, salah satunya dengan 'masakan'. Jadi untuk berbuka puasa petang tu, saya buat la Puding Triffle ni, Alhamdulillah mereka sangat sukakannya dan mereka minta aku buat lagi nanti.

  Kakak aku memang 'terer' buat puding ni, asal ada jamuan kat sekolah dia ker, kat rumah keluarga kitaorang ker, kat rumah mak mertua dia ker, dia mesti buat puding ni, yang bestnyer mak mertua dia suka sangat puding ni. Aku tanya kakak  camner nak buat? Kakak cakap mudah jer, tapi aku tak berkesempatan pun nak catit-catit apalagi nak buat, tunggu dia buat je laa, aku tukang makan, kalau aku makan aku makan banyak, kehkehkeh.

  Suatu hari tu, aku tolong kakak aku ni masak-masak masa dia nak wat jamuan kat rumah dia dulu. Masa tu laa aku perhati camner dia buat. Kakak aku cakap,''mudah je kan''....ermmm betul laa memang mudah, nampak macam rumit tapi semudah ABC jer...mula-mula buat laa A, pastu buat B, pastu buat laa C...ekekekek...ngade!

  Sejak hari tu,saya jadi rerajin laa buat puding ni, makanya gembiralah Abuya dan rakyatnya apabila sang Ratu ni dah pandai buat puding macam kakaknya..hahahah..  :P  Ok lah, saya ni kalau nak share resepi pun membebel punya laa panjang....tak payah buang masa baca, terus jer teropong resepi ni ----



PUDING TRIFFLE


Sudah siap tapi tak sejuk lagi. Nanti dah sejuk..boleh upload picnya..heheheh.


Sebaik-baiknya gunakan bekas kaca yang jernih macam gambar di atas, barulah kelihatan cantik dan lapisan-lapisan kek,kastard dan jelly, juga buah-buahan campuran.

Bahan-bahannya;'


Lapisan bawah sekali
  •  Kek gulung/kek lapis 
  • Jus/air buah-buahan koktail.
- Potong kek dan susun dalam bekas kaca. 



Siramkan kek tadi dengan jus buahan koktail(dalam tin), isi buahnya simpan dulu.



 Boleh juga di tabur sedikit di atas kek yang basah tadi.


Lapisan tengah.
  • 1 tin susu cair
  • 4 sudu besar tepung kastard
  • 300ml air
  • 5 sudu besar gula
- Masukkan air dan tepung kastard ke dalam periuk, kacau dulu sehingga tepung sebati dengan air dan susu cair, kemudian letak di atas dapur dan masukkan gula (manis ni kalau nak kurang/lebih,ikut citarasalah) dan kacau lagi sehingga likat.

  
Lepas tu terus tuangkan ke atas lapisan kek tadi

makk aii..kantoii laa kat tepi meja tu...hikhikhikhik.. ada buah betik! :P


Lapisan atas.
  • 1 kotak kristal jelly (bukan agar-agar)
  • 400ml air
  • 1 tin buah-buahan koktail. (yang jusnya tadi sudah dituang ke atas kek)
- Didihkan air atau sukat je air panas dan masukkan jelly dan kacau hingga sebati . Kemudian taburkan buah koktail atas lapisan kastard dan tuangkan jelly yang sudah sebati tadi.

Jelly ni warna nya hijau muda, jadi tak nampak sangat. kalau guna jelly perisa lain, warna lebih menyerlah.


Sejukkan dalam Peti Sejuk.

Siap!.....mudah je kan.....Kalau nak menarik, saya suka tambah aksesori buah, saya suka letak  hirisan kiub buah naga yang warna merah tu, canteeeeeeek dan lagi best, kalau nak mahal lagi, saya letak hirisan buah kiwi, cumanya saya tak pernah la lagi letak buah strawberry, kalau ada buah ni lagi cantik! hihihihihi...Cuba jangan tak cuba, mudah jer Sekarang boleh laa pi kedai beli bahan-bahannya..(^_____________^)
.

Roti Sesej Goreng, Donut dan Roti goreng (Inti Kacang)


   Salam sayang dari Bidadari Hisham. Hari ini saya nak 'share' resepi doh donut ni, dengan terjadinya doh ini maka kita boleh buat beberapa jenis roti goreng seperti gambar yang saya paparkan ini, Donut, Roti Goreng inti kacang dan Roti Sosej goreng.  

   Mudahkan, dengan satu adunan doh kita boleh buat macam-macam 'jenis' roti. Ok lah, saya sebenarnya tak reti sangat dan tersangat-sangatlah rendah diri nak kongsi resepi ini apabila diminta oleh sahabat sekelian, sebab saya rasa yang saya buat ni takde ler 'best' sangat. Itulah sebab kenapa saya masih 'diammmm' jer.

   Walau apapun saya 'share' jugaklah, tapi jangan lupa tanya en 'google' yer, sebab en google tahu banyak lagi resepi-resepi nak buat donut yang gebuss.Tapi kalau sahabat-sahabat nak cuba resepi yang saya selalu buat ini, cubalah.
Saya sendiri pun masih tercari-cari lagi resepi yang lebih baik. Kalau sahabat-sahabat ada, jangan lupa 'share' dengan saya yerr...ok jom..



Bahan bahan untuk roti

  1. 11gm yis kering (saya guna mauripan,senang)
  2. 1 kg tepung gandum (kalau guna tepung high protien lagi cantik hasilnya)
  3. 2 biji telur
  4. 2 sudu besar marjerin
  5. 2 sudu teh shortening (takde pun takpe)
  6. 2 sudu besar susu tepung
  7. 2 sudu teh serbuk penaik.
  8. 2 cawan air suam
  9. air secukupnya
  10. 2 sudu teh garam halus.
  11. 4 sudu besar gula (di bancuh dengan yis tadi)

cara cara membuatnya

  1. masukkan yis dan air suam ke dalam gelas besar bersama gula tadi ,kacau dan biarkan ia berbuih (biasanya dalam 5 min ke atas yis akan bertindak)
  2. Masukkan adunan yis dan gula tadi ke dalam bekas punguli 
  3. Masukkan telur,marjerin yg dicairkan dan shortening,kacau
  4. Masukkan garam,kacau lagi
  5. Masukkan sedikit tepung dan susu tepung,
  6. kacau hingga likat
  7. apabila likat tambah sedikit demi sedikit tepung dan air secukupnya sehingga menjadi doh
  8. untuk memudahkan proses menguli,disyorkan untuk menggunakan sedikit minyak jagung atau minyak zaitun
  9. Apabila doh sudah sedia,perapkan doh dengan menutup doh dgn kain basah.
  10. perap sehingga doh naik 2 kali ganda(biasanya mengambil masa 15min)
  11. Seterusnya uli doh sehingga lembut dan bentukkan donut/roti sosej/roti inti kacang dengan saiz yang kita mahu.
  12. Doh yang sudah dibentukkan susun di atas dulang yang di tabur dengan debu tepung.
  13. Apabila doh yang dibentukkan tadi sudah bertindak naik bolehlah mula menggoreng dengan minyak yang sudah panas dan api yang sederhana.
  14. Goreng hingga keemasan warnanya.
Ok untuk Roti Sosej, goreng terlebih dahulu sosej sebelum lilit dengan doh roti tadi.

Kalau ada Breadmaker lagi mudah, 'campak' jer semua bahan tuu selepas yis berbuih dan set 'dough' jer. BM siap uli boleh bentukkan roti ikut suka kita...hihihihi.
Cubalah.... (^_^) 




Okeyy, Jom kita masuk dapur dan mula masak!!