Tuesday, August 12, 2014

AYAM MASAK LEMAK

#Ayam #MasakLemak.

Masakan yang sangat2 lama tak buat. Masa anak- anak kecil je selalu buat ni.


#Resepi

  1. 3 Ulas Bwg putih,
  2. 2 batang serai,
  3. 1 cawan /1 paket santan,
  4. 1 keping asam gelugor 
  5.  1 cawan air .
  6. sedikit cili Api
  7. 1/2 Ekor ayam

Tu jaa, mudah sangat.

Anak2 dah besar buh cili api sket.

Ceroii sket, pakai santan paket jaa.

Alhamdulillah.





ROTI JOGGING a.k.a SCRAMBLE EGG.





#Roti #Jogging.

Alkisah dapat nama roti jogging ni, suatu ketika dulu, masa kecik- kecik, apabila balik dari jogging ramai- ramai , Arwah Tuan Guru abuya akan gotong royong masak scramble egg ni, pastu makan sama- sama dengan Tok Guru dan kawan- kawan. So lekat nama roti jogging.

Kalau ummi buat ni, mesti Abuya terkenangkan Arwah Tok gurunya yang banyak berjasa.

Semoga rahmat mencurah2 ke atas Arwah Syeikh Hassan.


#Resepinya.

■1 biji Bawang besar,
■1 biji tomato saiz besar,
■1 biji cili merah.
■2 biji telur saiz A.
Garam n gula.

#Caracaranya.

○Semua bahan dipotong dadu, cuma cili tu kecilkan lg saiz dadu.

○Tumis bwg besar dgn sedikit minyak atau marjerin hingga naik bau,

○Masukkan cili n tomato.

○Masukkan garam n gula secukup rasa.

○Pecahkan telur dan kacau2.

○Goreng jgn sampai telur kering, biarkan basah2 skit, baru sedap

Siappppp! !.

Hidangkan dengan roti bun manis. Roti slice pun boleh.

Kalau sapu roti dengan marjerin atau buttergarlic dan bakar atas kuali lagi sedap.

Boleh juga makan dengan sos cili.



--------------------------

Tambahan je fastfood tuu.

Yang marvelous nya, scramble egg n bun manis disapu buttergarlic n di grill atas ceper.


LAKSAM KELANTAN



#LaksamKelantan.

Sukanya dapat sarapan dengan laksam pagi ni.

Nak2 makan sepinggan dengan Abuya. Minum' sekopi' .

Nak buat laksam ni simple sangat sebenarnya. Tak rumit pun kan.

#Kuahnya

Rebus lebih kurang 1kg ikan selayang/kembung dengan asam gelugur dan garam.

Blend semua ni,
Ambil isi ikan yg di rebus tadi,
3 labu bwg bombay saiz besar.
2 ulas bwg putih.
7 biji lada hitam.
2 hiris halia.

Ok, rebuskan semua bahan- bahan yang sudah di blend tadi dlm periuk bersama santan. Rasa lemak tu terpulang. Saya tak suka lemak sangat, santan rm1 tu pun dah cukup.

Then, masukkan 5 kpg asam gelugor atau secukupnya, garam dan gula juga. Kalau suka boleh letak perasa.

Siap.

Jom kita buat #tepungnya pula.

Panaskan pengukus, sediakan loyang atau tudung periuk yg di sapu minyak pd permukaannya.

Blend,
2 cwn tepung beras.
2 sudu besar tepung jagung.
3 cawan air.

Panaskan sekejap loyang tadi dalam pengukus kemudian sendukkan bancuhan tepung tadi dalam loyang. Tutup.

Sekejap je masak tepung tu, jadi jangan leka plak. Hehe.
Dah masak, sejukkan skejap, lepastu gulungkan dengan cara tegakkan loyang.

Ulanginya sampai siap atau sebanyak mana kita perlu buat.

Potong laksam, #Hidangkan dengan hirisan mentimun, bunga kantan, kacang panjang dan taugeh.
Juga sambal.

Sambal tu tumbuk cili api dan gaul dgn sdikit garam dan perahan limau kasturi je.

Okehh siap... mudah kan.

. Jom laa kita buat.

MEEHOON SUP TULANG

#MeehoonSupTulang.

Petang ni kita makan meehun sup tulang pula.

Simple2 je.

Reneh tulang sampai empuk.
Masukkan sup bunjut bersama rempah kasarnya. Juga sebatang serai.

Tumis bwg putih, merah dan halia. Masukkan dalam sup tadi.

Garam dan sedikit perasa.

>> celur meehoon, sayur kobis dan sawi.

Hidang bersama >> daunsup, daunbwg, limau nipis, bwg grg, sambal kicap, taugeh dan hirisan cili api .

○° still takde togeh kat umah. Huhu. @_@

KUEW TIAW BASAH.







#KuewtiawBasah.

Kuewtiaw lagikkk.


Ok yang ni tumis 5 ulas putih,1 labu kecil hirisan bwg merah bersama sedikit lada hitam.

Tumis cili boh / cili kering, sos cili, sos tiram, kemudian masukkan lauk, dgg , ayam atau seafood. Garam, gula dan sedikit perasa kalau suka.

Hirisan tomato juga ditumis sekali dengan lauk. Sedikit air.

Tuangkan kicap pekat dan pecahkan 1 / 2biji telur.
Kacau sebati.

Masukkan sayur sawi
Kemudian kuewtiaw, kemudian kuchai.
Gaul.
Akhir sekali, tuangkan kicap lemak manis.

Taraaa... siap dahhh.

.

Makan panas- panas sedappp!

NASI ARAB MENDHI & AYAM BAKAR TANDOORI



#NasiArabMendhi. #AyamTandoori.

Alhamdulillah Allah bagi sedap. 1st time buat NasiArab. Takpela dulu pakai rempah segera ye. Hehe.

Untuk #nasi,
Saya cuma masak dengan rempah Nasi ArabMendhi, hadiah dari sahabat baik Emy Amin. Syukran lakie Mimie. Jazakillah.

#Ayamnya, saya perap dengan rempah tandoori Amal, cuma tambah sedikit serbuk kunyit, garam gula dan sedikit perasa. Bakar dalam magicPan je.

#Sambalnya, saya blend,
4 biji tomato,
5 biji cili api hijau,
1 biji cili hijau.
5 tangkai daun sup. ( Resepi asal guna daun ketumbar atau parsley, apalah daya kat umah sy takde semua tu, so memandai laa saya buat dgn daun sup, resepi asalnya juga tak letak gula, tapi saya suka buh sikit gula, hehe )

Salad pula, cuma mentimun, bwg bombay, kapsikum dan limau nipis untuk diperah pada ayam.

Sedap sangat makan dengan sambal tu. Perghhh.

Dalam pinggan tu, hidangan special untuk Abekusayang a.k.a Abuya .

Sebelum ni, Abuya cakap, dia tak suka sangat NasiArab, lebih suka NasiBeriani tapi bila saya yg masak, haha automatik Abuya suka. . Ni yang best ni.

Anak- anak, laaaagi suka.

So ummie kena buat lagi lah nanti.

Jom laa kita buat nasiArab. Senang dan sedap je.

CAPSICUM SAUCE SPAGETTI



#CapsicumSauceSpagetti

Apa yang menarik?

Kali ni saya buat sos daripada kapsikumMerah.

Masa makan tadi rasa seronok sangat,
Sebab bau western sesangat, haha.
Lagi sedap dari sos dalam tin.

Alahaii, saya pun makan bertambah tadi, hehe.

Resepinya sangatlah mudah.

#Sosnya saya blend,
- 2biji tomato
- 1 biji kapsikum Merah.
- 2 biji bwg besar bombay
- 7 ulas bwg putih.
- 10 biji lada hitam.
- 1 sudu besar #ItalyHerbs.

Panas kan 2 sudu besar minyak zaitun kemudian tuang semua bahan yang diblend tadi.

Masukkan, sedikit sos cili dan tomato.

Masukkan daging yang di potong kecil- kecil dan juga isi dada ayam.

Garam dan gula secukup rasa.

Siap.

Hidangkan dengan pasta kegemaran anda.

Mudah sangat- sangat kan.

Cuba lah, Allah bagi sedap, InsyaAllah.

.

#Kalau tak nak pedas sangat, kurangkan lagi kuantiti lada hitam dan sos cili.

KUEW TIAU KUNGFU



#KuewTiawKungfu

Petang- petang makan berkuah simple camni memang sedap. .

Simple- simple jaa.

#Resepi

 5 ulas bwg putih di ketuk dan di tumis dengan sedikit minyak. Tumis bersama 2 sudu besar sos tiram.

Masukkan 1 jug air. Daging, ayam dan fishball juga. Garam dan gula secukup rasa.

Apabila sudah mendidih, masukkan pula tomato brokoli, bunga kobis, carrot, saleri. * nk kurangkan pun buleh. Sy suka letak sayur banyak2..hehe.

Biarkan mendidih sekejap.

Siap.

Pecahkan 3 - 5 biji telur dalam 500gm Kuewtiaw . Lumur2kan. Kemudian goreng dengan sedikit minyak. Goreng sehingga telur kering.

Siap.

Hidangkan dengan sambal kicap, daun sup, daun bwg, bwg goreng, limau nipis dan cili hijau /merah yg dipotong nipis

PASTA CENGKERANG SIPUT



#PastaCengkerangSiput.

Lupa pulak nama betul dia. Alahai.

Ok, Sangat sedap dengan gabungan rasa asia dan barat.

#Terdahulu rebus pasta untuk lembutkannya.

Tumis 5 ulas bwg putih yg di ketuk dengan minyak matahari dan sedikit minyak zaitun .

Kemudian masukkan 1 biji bwg besar bombay di mayang.

Berikutnya masukkan daging dan cedawan shitake yang di potong kecil.

Apabila kesemua bahan sudah masak, masukkan sos cili dan tomato, kemudian kicap. Garam dan gula secukupnya.

Taburkan sedikit serbuk lada hitam dan putih.

Masukkan pasta yang sudah direbus. Juga sayur kegemaran. Stok sayur saya dah habis. So saya letak tomato, cili besar merah n hijau dan sedikit kobis sahaja. Hehe.

Kaup balik sehingga sebati.
Taburkan daun sup dan daun bawang.

Siap.

Seperti biasa, resepi saya mudah- mudah je. Hehe.

Alhamdulillah

AYAM BLACKPEPPER OLIVE OIL.

#AyamBlackpepper with #OliveOil.

Saya nak masak ayam kicapsebenarnya, tapi nak modified sikit sebab yang biasa duk buat memang banyak pakai minyak so yang ni menyihatkan sebab langsung tak pakai minyak masak biasa.

Selera pula Tamiem n Abdullah makan tadi. Mungkin rasanya yang tak muak buat mereka syok je makan, hehe.

Nauwfal n Uwaiys pun siap tapau ke sekolah.



#Resepi

Rebus ayam dengan,

  1. sedikit air,
  2. 3 ulas bwg putih,
  3. 3 hiris halia.

Apabila sudah mendidih masukkan,

  1. 2 sudu besar olive oil,
  2. sedikit serbuk lada hitam,
  3. Hirisan tomato ,
  4. 1 sudu besar sos cili,
  5. 3 sudu besar kicap manis,
  6. garam secukup rasa,
  7. sedikit gula kalau suka.

Dan akhir sekali masukkan,

  1. 1 biji Bawang besar yang dimayang,
  2. cili merah dan hijau.

Siap.

Alhamdulillah.

Saya buat sayur air bertelur je untuk partner dengan ayam nih

SUP AYAM BERSOS TIRAM

#SupAyam #BersosTiram.

Mudah sangat, hanya rebus sahaja. Anak² pun suka ni.

#Resepi.

Rebus ayam dalam ½ ekor ayam.
kemudian masukkan bahan² di bawah >

• 2 batang serai diketuk.
• 2 ulas bawang putih diketuk.
• 1 inci halia diketuk.
• 1 biji bawang merah bombay saiz kecil di mayang.
• 1 sup bunjut tanpa rempah kasar.
• 2 sudu sos Tiram.
Garam secukup rasa dan sedikit gula n perasa kalau suka.

siap.

#Hidangkan dengan daun sup, daun bawang, bawang goreng dan perahan limau nipis. Sambal atau cili api kalau mahu rasa pedas.

PERCIK IKAN KEMBUNG BAKAR.







#Percik #IkanKembung.

#TerengganuVersion.

#Day9 Sahur 2014.

Ehh... belum masuk hr ke 9 lah... hehe. 'Prepare awal- awal untuk sahur esok.

#Resepi.

-Perapkan ikan bersama sedikit bawang putih, halia dan garam.

Kisar dan masakkan bahan2 di bawah ini.

- sedikit halia
- 1 biji bawang merah.
- 3 kpg cili kering.

Serai di ketuk dan letak asam gelugur sekali semasa memasak bahan.
Kemudian masukkan 1 mangkuk santan pekat.

- garam dan gula secukupnya.
- gula melaka / manisan.
- 1 sudu tepung gandum untuk pekatkan kuah jika perlu.

• Ikan di bakar dalam 'magicpan' kemudian apabila ikan dah masak, tuangkan kuah percik tadi ke atas ikan sambil balikkan dalam 'magic pan' . Hehe saya pakai magicpan aje.

Angkat dan hidangkan.
Siap.

•• Okey, saya ada satu lagi #resepi yang tak menggunakan serai tapi digantikan dengan bawang putih . Nanti buat lain kali, buat ayam pulak ke, kannn, insyaAllah.

NASI BUKHARI

#NasiBukhari.

1st time saya try buat Nasi ni. Asalnya nak masak Nasi Ayam je. Tapi memandangkan beras Bhasmati Faiza n rempah Nasi Bhukhari Faiza duk tersimpan lama dah dalam almari tu.

Kesian saya tengok, macam 'dia' asyik tanya, '' bila nak 'buat' saya, bila nak buat saya''.

So, saya terrrrrrbuat lah Nasi Bukhari ni.

#Resepi.

Ok, mula- mula buat stok ayam atau daging. Saya letak bwg putih n sedikit halia untuk hilang hanyir ayam. Garam secukup rasa.

1kg beras basmathi di basuh dan rendam sekejap. Masukkan stok ayam tadi atau stok daging ( kalau buat daging laa ). Dan bahan- bahan yang di tumis di bawah ni.

*Sukatan air >1 cwn beras =1 cawan air.

●Tumiskan bhn2 di bawah ni dengan minyak sapi atau minyak masak. ( ni saya tumis dengan minyak matahari, sesaje jerr, hehe )

•10 ulas bawang putih dan 4 biji bwg sederhana besar dimayang.
• 1 paket kecil rempah Bukhari. Dalam 2 sudu besar gitu.
• 300gm tomato puree ( saya blend 3 biji tomato fresh jer, ni keje memandai namanye, heeee. )

Ok tumis sampai betul- betul masak. Psssst, saya letak gula 1 sudu besar.
Yang ni takdak dalam resepi tau.

Gaul- gaulkan rempah yg di tumis tu bersama beras n stok ayam tadi. Tanak sampai masak.

Sepatutnya ayam tu di goreng dan di masak bersama nasi.

Hehehe, sebab ayam yang saya rebus tadi dah empuk sesangat, nak hancur dah... saya gaul je ngn nasi yang dh masak tu.

Tu le keje saya, hentam sajaaa daa.

Jap naa, saya nak buat pencuk Nanas.

Serius tak tahu apekebenda 'pencuk nanas' tuuu... jap2 nak google.

*baru lepas google >>>

Haha.... dalca timun rupenye.

Lawak- lawak, entah pape saya ni kan




#PencukNenas a.k.a #AcarTimun.

Ni laa pencuk nenas tu .. hihi.. orang kelantan panggil 'acar Timun'. 

Sesuaiiiii sangat makan dengan Nasi Bukhari tadi.

Specialnya saya letak cuka epal, jadi ianya lebih sihat. Biasa kita letak cuka makan kan. Cuka makan tu tak bagus untuk perut.

Kaup balik dengan gula secukupnya dan sedikittttt garam.

Siap... smentara tggu nak makan, letak dalam peti ais.

PINKY MEEHOON




Satu kali ummie terdengar Nauwfal mengomel dengan abam2nya yang sedang menikmati mihun yang ditapau dari Masjid ''Nanti nauwfal nk makan mihun pink pulak''

Haa? ???? Macam mana tiba- tiba dia teringat mihun kaler pink tu. Hihihi. Rindu laaa tu.

So, jadi semngat pulak Ummie nk membuatnya.

Haa dah siap pun. Masih dalam kuali.

Nak tapau untuk Nauwfal dan Abam Uwaiys pergi sekolah.

Alhamdulillah. .

#resepi.

Buat macam ni je,

  1.  Tumis 7 ulas bwg putih,
  2.  sdikit bwg merah di mayang n 
  3. sdikit ikan bilis, (pastikan tumis manje2 je, jgn bagi garing, kalau garing nanti warna pink nya tak cantik) 
  4. Kemudian letak letak lauk atau telur, kacau2 , letak air n sedikit pewarna merah. Garam dan sedikit gula.
  5. Seterusnya letak 1 paket mihun yg di rendam dgn air sejuk terlebih dahulu n masukkan sayur kobis. Kaup balik sampai rata dan mihun lembut.

Siap.

Makan dengan keropok keping laaaagi terangkatt' !!  



SERI AYU

Ehem-ehem, ini memang kuih kegemaran saya dari kecil lagi tau. So sangat hepi la apabila dah pandai buat sendiri. Eheheh. :P

Resepinya,

  1. 2 Biji telur
  2. 1 Cawan gula,
  3. 2 Cawan Tepung Gandum
  4. 1 Cawan Santan / 1 paket kecil santan kotak ( saya guna santan kotak je )
  5. 1 Sudu Kecil Ovellete.
  6. 1 Sudu kecil Baking Powder
  7. 1 Sudu kecil perisa Pandan
  8. 1 Sudu kecil pewarna hijau.
  9. Kelapa Muda parut. garam . tepung ubi kayu.

Cara-caranya ;-

  1. Pukul telur sehingga kembang, kemudian masukkan ovellete dan gula, kacau sebati.
  2. Masukkan pula santan, perisa pandan dan pewarna hijau, kemudian pukul lagi.
  3. Akhir sekali masukkan tepung dan sebatikan sehingga adunan menjadi lembut.
  4. Gaul Kelapa parut bersama sedikit garam dan sedikit tepung ubi.
  5. Sediakan acuan dan sapukan acuan dengan sedikit minyak kemudian masukkan sedikit kelapa parut tadi dan tekan biar padat.
  6. Seterusnya tuangkan adunan tepung tadi sehingga penuh acuan.
  7. Kukus dalam 7 min .

siap. 

Cuba lah senang sangat. Allah bagi Sedappp.

AKOK KKEDDUT

#AkokKedutt.

Alhamdulillah, memang berkedut- kedut n bergadik- gadik.

Baunye tu sungguh mengujakan.

#Resepi.

Cair dan didihkan kemudian sejukkan,

- 3 1/2 cawan air.
- 4 keping Manisan /Gula Melaka.
- 2 sudu gula
- 1 helai daun pandan.
- Sedikit bunga cengkih kalau suka. ( saya tak letak pun )

Panaskan oven terlebih dahulu.

Blend bahan2 di bawah,

- 6 biji telur saiz A.
- 1 kotak / cawan santan pekat. ( sy pakai santan kotak je )
- 1 cawan Tepung Gandum.
- Secubit garam.
- 3 1/2 cawan air gula melaka ( yang di sejukkan tadi.)

Apabila di 'blend' , adunan ini akan berbuih- buih, biarkan ia berbuih. Sebab buih tu yang membuatkan Akok jadi berkedut- kedut nanti.
○ Adunan ni agak cair sedikit, untuk menghasilkan Akok yang lembut.

- Sapu acuan dengan sedikit minyak dan panaskan acuan dalam oven terlebih dahulu.

- Kemudian sendukkan adunan ke dalam acuan yang panas tadi.

- Bakar pada suhu 250 drjah Celsius. Panas atas bawah

#Setiap kali hendak sendukkan adunan, kacau- kacau dahulu untuk pastikan adunan berbuih.

Siap.

Oh ye, 1 adunan di atas tu, saya dapat 25biji Akok bersaiz acuan dalam pic ni.

#Alhamdulillah, Allah bagi sedap    


LEMPENG PISANG

#LempengPisang.

#Resepi.

Sebatikan bahan2 di bawah.

- 2 cawan pisang di lecek
- 1 sudu besar marjerin.
- 1 biji telur.
- 1 sudu besar gula.
- 1/2 sudu teh garam.
- 300 gm Tepung gandum
- sedikit air.

Kemudian bakar di atas kuali ceper panas yang di sapu marjerin.

Bakar sampai garing.

Siap.

Allah bagi sedap. Nyum nyum..Alhamdulillah.



#Day19 Ifthar2014.

PAU PUTIH GEBU.

#PauPutihGebu.

#Day11 Ifthar2014.

#Resepi.

Satukan dan kacau2 bahan2 di bawah dan biarkan yis bertindak ;

Bahan A.
- 400ml air suam.
- 2 sudu besar gula.
- 1 paket 11gm Yis.

Apabila yis sudah bertindak dan berbuih- buih. Masukkan bahan A tadi ke dalam bekas acuan 'Breadmaker' .
Di susuli dengan bahan2 di bawah ini mengikut susunan ;

Bahan B.
- 2 sudu besar shortening.
- 2 sudu kecil krim Bread Softener.
- 600 gm Tepung Pau.
- 2 sudu kecil Double Action Powder.
- 2 sudu kecil minyak masak.

Tekan butang Menu ' Dough' n 'start' .

● kalau uli dengan tangan cuma sebatikan bahan B dan tuangkan sedikit demi sedikit bahan A ke atas bahan B untuk jadikan doh.

Biarkan doh dalam 30 min untuk mengembang.

Apabila doh dah naik 2 kali ganda, boleh lah buat kerja- kerja membalut inti kegemaran.

- Daging.
- Ayam.
- Kacang.
- Kelapa.
- Serikaya
- Coklat.

Balut dan bulatkan kemas Inti kemudian lapik dengan plastik yang di potong segi empat mengikut saiz pau yang akan mengembang nanti.

Biarkan pau naik 2 kali ganda dulu sebelum mengukus.

Masa mengukus pau sekejap sahaja, dalam 2 - 3 min.

● Untuk inti daging tu saya guna Inti yang sama untuk buat murtabak popia hari tu.

Siap.

Alhamdulillah. .
Sebelum dikukus.

#Tips pau kekal bulat selepas di kukus.

- semasa membalut inti, pastikan doh tebal di permukaan, biar inti di bawah. Kalau nipis di atas, pau tak boleh nak gebu, dia akan penyek apabila angkat dari pengukus. So tak cantik.

Cuba tau!! 



CUCUR SOSEJ

Day5 Ifthar2014.

#Resepi.

- 500gm Tepung Gandum
- 500ml air atau secukupnya.

- 1 biji telur.
- 6 batang sosej di potong bulat- bulat.
- segenggam ikan bilis di tumbuk.

- 1 biji bawang besar Holland.
- carrot di parut atau di hiris memanjang.
- kuchai.
- taugeh.

- 2 sudu teh garam
- 2 sudu besar gula
- sedikit pewarna kuning.

#Caranya.
- Satukan semua bahan di atas. Sebatikan.
- Panaskan minyak dan sendukkan untuk menggoreng.

#Hidangkan dengan mayonis, sos cili/tomato atau sos pencicah

Ranguppp! .... InsyaAllah.


SAGUPAL BERINTI KACANG.

#Sagupal #BerintiKacangMerah.

#Day9 Ifthar2014.

#Resepi.

- Didihkan satu periuk air bersama daun pandan

- 2 cawan sagu di letak dalam tos dan siram air panas. Warna ikut suka.

- Bulat- bulatkan inti kacang untuk memudahkan proses gumpal dengan sagu.

- Apabila sagu sudah lembut, ambil sagu dan leperkan kemudian letakkan inti di tengah2. Bulatkan perlahan- lahan sehingga inti tertutup kemas. Kalau tak kemas, nanti inti terburai masa mendidih dalam air.

- Basahkan tangan setiap kali nak gumpal sagu, kalau tak sagu akan melekat2 di tangan, nanti susah nak gumpal menjadi bulat.

- Dah siap gumpal masukkan sagupal ke dalam air yg sedang mendidih.

- Biarkan sagupal timbul di permukaan air. Gumpal ke semua sagu n inti kacang sampai habis.

- Dah siap . Biarkan sagu dalam periuk berisi air panas tadi. Sebab lagi lama di dalam air panas mendidih lagi lembut sagu tu. Kalau tak nanti masa makan, macam gigit chewing gum pulak.

#KuahSagupal.

Masakkan dengan api suhu sederhana bahan- bahan di bawah ini.

- 1 kotak kecil santan / 1 mangkuk santan pekat.

- 600ml air.

- 1 sudu kecil halba.

- 1 /2 sudu kecil garam.

- 5 sudu besar gula atau secukup manis yang anda mahu.

Apabila kuah dah masak, masukkan sagupal tadi ke dalam kuah.

Siap.

Alhamdulillah.

● Sedap tauu! ! Sebab ada inti.
Nyum nyum


Okeyy, Jom kita masuk dapur dan mula masak!!